BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Gagalkan Cubaan Seleweng 800 Liter Diesel

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
28e184ace6c1099a102953f2b1d8fe5569cb24543a41d

Kredit: KPDN Johor

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan cubaan menyeleweng 800 liter minyak diesel di stesen minyak di Lebuh Raya Pasir Gudang di sini, semalam.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo dalam kenyataan berkata bahan api itu ditemukan selepas Unit Ronda Penguatkuasa (URP) menahan dan memeriksa sebuah lori mencurigakan pada kira-kira 2 petang.

Pemeriksaan mendapati lori itu diubah suai dengan pemasangan dua pam disambung terus dari tangki asal kenderaan ke tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) di ruang simpanan.

Beliau berkata IBC itu dipercayai mengandungi kira-kira 800 liter minyak diesel.

Lilis Saslinda berkata pemandu lori berusia 40-an gagal mengemukakan dokumen sah termasuk permit khas menyimpan atau tujuan pembelian minyak diesel.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20,716 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 
Back
Top
Log in Register