BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN KL Tumpaskan Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi Sebabkan Ketirisan RM30,000 Sehari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN KL Tumpaskan Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi Sebabkan Ketirisan RM30,000 Sehari​

c669579cd3a40831635146d3275501c76a5756f92d4bc

eb1f94ba2c6c0571a46be4318bd36d3e6a575779b2dcf

ae8f03321f54728115754b8b3baa0b866a575705c16a5


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur menumpaskan satu sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dipercayai menyebabkan ketirisan subsidi kerajaan kira-kira RM30,000 sehari dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan haram di Kwasa Damansara, hari ini.

Dalam operasi itu, pasukan penguat kuasa merampas kira-kira 9,000 liter diesel bersubsidi bersama pelbagai aset dianggarkan bernilai RM265,000 serta menahan tiga lelaki berusia antara 30 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata operasi disertai 24 anggota penguat kuasa berkenaan dijalankan hasil risikan serta maklumat dan aduan orang awam.

"Hasil pemeriksaan di lokasi tersebut, kami berjaya menyita kira-kira 9,000 liter minyak diesel dipercayai disimpan secara haram dan menyalahi undang-undang. Turut disita sebuah lori tangki, dua lori jenis bonded, tujuh unit tangki Intermediate Bulk Containers (IBC), tujuh unit hos dan paip serta dua unit pam diesel," katanya pada sidang media selepas serbuan itu hari ini.

Mohd Sabri berkata sindiket itu dipercayai membeli diesel bersubsidi secara berasingan daripada beberapa stesen minyak di sekitar ibu kota sebelum mengumpulkannya di stor berkenaan untuk dijual semula kepada pihak industri di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan pada harga pasaran.

Beliau berkata sindiket itu menggunakan individu berbeza pada setiap peringkat rantaian operasi bagi mengelirukan pihak berkuasa.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak kira-kira tiga bulan lepas dengan menyewa premis berkenaan," katanya.

Beliau berkata tiga individu yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga Bangladesh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau permit yang sah.

 
Back
Top
Log in Register