BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Serbu Aktiviti Seleweng Gas LPG Bersubsidi Di Ladang Sawit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN Serbu Aktiviti Seleweng Gas LPG Bersubsidi Di Ladang Sawit​

5463d14c6300b14fd9a11beea905bf956a84469d0c064

Kredit: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menggagalkan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi menerusi serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, dekat sini, semalam.

Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan yang dijalankan kira-kira 1 tengah hari itu merupakan hasil risikan berterusan yang dijalankan pasukan penguat kuasa KPDN Alor Setar.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati berlaku aktiviti pemindahan LPG bersubsidi, dipercayai dalam proses pemindahan ke dalam tong industri LPG 50 kilogram (kg) di atas sebuah lori.

“Sehubungan dengan itu, KPDN Kedah telah menyita 30 unit tong bersubsidi LPG 14  kg, 10 tong industri LPG 50 kg, 17 unit hos dan sebuah lori untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 57,638.

“Ketika serbuan dilakukan, tiada individu ditemui di tempat kejadian, suspek dipercayai telah melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa,” katanya.

Muhammad Nizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

 
Back
Top
Log in Register