BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Bimbang Persepsi Tiada Fakir Miskin Jejas kutipan Zakat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
f39f0671838060fcf50a61525d6af73869fb16343462a

Kredit: FB Selangor Royal Office

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekhuatiran sekiranya pembayar zakat beranggapan tiada lagi golongan fakir dan miskin di negeri ini, sehingga boleh menjejaskan jumlah kutipan zakat.

Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office, baginda bertitah bahawa masih terdapat pertambahan kemiskinan baharu di Selangor, dengan kira-kira 14,000 keluarga dikategorikan sebagai fakir dan miskin berdasarkan data Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) tahun lepas.

“Justeru, baginda tidak mahu ada pihak yang salah faham atau keliru dengan kenyataan mendakwa tiada lagi kemiskinan tegar di Selangor, walhal masih ada penerima zakat yang dikategorikan sebagai fakir dan asnaf.

“Penentuan status asnaf oleh Zakat Selangor dibuat berdasarkan pengiraan had kifayah,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, peningkatan bilangan asnaf baharu didorong oleh usaha proaktif Zakat Selangor dalam memperkukuh proses penilaian, pengesanan dan peluasan capaian bantuan kepada keluarga yang layak.

Manakala lebih 2,800 keluarga fakir dan miskin pula berjaya keluar daripada kitaran kemiskinan hasil intervensi berterusan yang dilaksanakan.

Dalam hantaran itu, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan sukacita dengan prestasi Zakat Selangor yang merekodkan agihan zakat sebanyak RM1.33 bilion tahun lepas, dengan lebih 60 peratus disalurkan kepada golongan fakir dan miskin melibatkan lebih 75,000 keluarga di seluruh negeri.

“Baginda mahu agar agihan zakat terus difokuskan kepada bantuan asas seperti kewangan bulanan, makanan, perumahan dan sokongan pendidikan.

“Baginda juga berharap Zakat Selangor akan terus melaksanakan amanah kutipan dan agihan zakat secara bertanggungjawab, telus dan berintegriti selaras dengan tuntutan syariat Islam,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register