BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Titah Umat Islam Tunai Zakat Di Saluran Sah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b427f6b8437e4d6b05c7b7a1df09dfa769eb76bcd8502

Kredit: FB Selangor Royal Office

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa umat Islam memahami kepentingan menunaikan zakat melalui saluran sah dan pengagihan secara telus kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah setiap negeri mempunyai sistem pungutan dan agihan tersendiri bagi memastikan kebajikan asnaf diurus dengan teratur.

Justeru, mana-mana pihak luar tidak sepatutnya melangkaui sempadan negeri untuk membuat kutipan zakat tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri lain.

“Sultan Selangor menyeru rakyat Selangor memahami dan menghayati inti pati khutbah Jumaat disampaikan oleh khatib di masjid seluruh negeri hari ini bertajuk Tunaikan Zakat Kepada Amil Bertauliah.

“Baginda mahu kita mengambil iktibar dan menginsafi bahawa zakat merupakan ibadah yang melibatkan harta serta mempunyai peranan besar dalam membantu golongan asnaf dan memakmurkan ekonomi umat Islam,” menurut hantaran itu.

Di Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan perkenan Sultan Sharafuddin telah mewakilkan Lembaga Zakat Selangor untuk menguruskan segala hal berkaitan kutipan dan agihan zakat.

Menerusi hantaran itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan zakat yang dikutip dalam sebuah negeri hendaklah diagihkan kepada asnaf dalam negeri tersebut dan umat Islam mempunyai peranan besar mempertahankan hak asnaf daripada dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

“Jangan berdiam diri dan menyembunyikan perkara salah yang berlaku, bimbang kita tergolong dalam golongan yang membantu kemungkaran kerana menzalimi dan menafikan hak asnaf.

“Umat Islam perlu memahami bukan sahaja zakat, bahkan apa-apa bentuk kutipan dana awam yang melibatkan kepentingan umat Islam di Selangor hendaklah mendapat kebenaran pihak berautoriti,” menurut hantaran itu.

 
Back
Top
Log in Register