BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Seru Umat Islam Jauhi Sikap Pecah Amanah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sultan Selangor Seru Umat Islam Jauhi Sikap Pecah Amanah​

263914a9beba0492d48556240b7edf516a9162d620328

263a76f5b32ba1bfe18f044bd2880fda6a9162d9441c1

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan bersalaman bersama jemaah masjid selepas selesai Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tahlii serta Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 1448H/2026M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menjauhi sikap pecah amanah kerana perbuatan itu boleh meruntuhkan kepercayaan dan menghilangkan keberkatan dalam kehidupan bermasyarakat.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royale Office, baginda bertitah setiap individu yang diberi tanggungjawab mengurus harta dan kepentingan umat atau pihak diberi kuasa mengurus dana awam, hakikatnya memikul tanggungjawab amat besar di sisi Allah SWT.

Justeru, baginda mahu setiap ahli masyarakat menunaikan amanah diberikan dengan penuh kejujuran, walaupun sekecil mana pun amanah berkenaan, kerana tanggungjawab tersebut merupakan asas kepada kesejahteraan dan kemerdekaan yang hakiki.

“Sesungguhnya, mengurus dana awam dengan amanah ialah tanda cinta kita kepada umat dan negara. Jangan biarkan harta yang sepatutnya memberi manfaat kepada umat diseleweng demi kepentingan peribadi

“Yang bersalah wajib dihukum, yang amanah wajib disokong dan sistem yang baik hendaklah terus diperbaiki dari masa ke masa. Semoga Allah SWT meletakkan perbendaharaan umat Islam Malaysia di tangan hamba-hamba-Nya yang bertakwa lagi amanah,” menurut hantaran itu.

Sultan Sharafuddin turut bertitah bahawa kemerdekaan yang hakiki bermula dengan kemampuan seseorang mengawal diri daripada perkara yang merosakkan, termasuk hawa nafsu, ketamakan dan pengkhianatan.

Baginda menzahirkan kebimbangan apabila ketika rakyat bergelut dengan kesusahan, masih terdapat segelintir pihak yang menikmati kekayaan hasil amanah dikhianati dan keadilan dipermainkan.

“Inilah kezaliman yang lahir apabila kuasa tidak lagi dipandu dengan sifat amanah, sebaliknya dikuasai dengan kerakusan nafsu,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan umat Islam agar tidak sesekali menyangka orang yang berlaku zalim akan terlepas daripada pengadilan sebaliknya, Allah sengaja menangguhkan azab ke atas mereka yang zalim agar mereka merasakan betapa dahsyat dan gerunnya kemurkaan-Nya.

 
Back
Top
Log in Register