BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutipan Caj Beg Plastik Selangor Turun Konsisten Sejak 2023

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kutipan Caj Beg Plastik Selangor Turun Konsisten Sejak 2023​

a94636f230c5f2a158055906f0735b796a7bf8ae31f6c

Gambar fail

Kutipan caj beg plastik diterima Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan trend penurunan konsisten dalam tempoh tiga tahun, daripada RM13.35 juta pada 2023 kepada RM6.97 juta pada 2025.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin berkata jumlah kutipan pada 2024 pula direkodkan RM9.04 juta, menjadikan keseluruhan kutipan bagi tempoh 2023 hingga 2025 sebanyak RM29.36 juta.

Beliau berkata penurunan kutipan hampir separuh itu mencerminkan perubahan tingkah laku pengguna yang semakin mengutamakan penggunaan beg guna semula ketika membeli-belah selaras dengan usaha mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna.

“Berdasarkan perkembangan tersebut, kerajaan negeri berpandangan Kempen Bebas Plastik dan Program Kutipan Caj Beg Plastik berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan penggunaan beg guna semula.

“Trend penurunan kutipan caj beg plastik turut menunjukkan perubahan tingkah laku pengguna ke arah mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna,” katanya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) tentang keberkesanan kempen kurangkan penggunaan beg plastik serta jumlah kutipan yang telah dikumpul oleh kerajaan negeri melalui Program Kutipan Caj Beg Plastik.

Jamaliah berkata Kempen Bebas Plastik yang mula dilaksanakan pada 2010 dan Program Kutipan Caj Beg Plastik pada 2020 oleh kerajaan negeri telah menunjukkan perkembangan positif dari sudut kesedaran pengguna, penyertaan pihak swasta terutamanya premis komersial dan penganjur acara.

“Walaupun tiada kajian khusus yang mengukur pengurangan penggunaan beg plastik secara menyeluruh, kerajaan negeri menggunakan trend kutipan menerusi Program Caj Beg Plastik sebagai satu daripada indikator perubahan tingkah laku pengguna,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register