BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM8.48 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1b55d97b64a6243cc50e03b0c01c870d69b01bc21184e

994d7c6644febfb5218129f6a551f10269b01bdc33b42

8fdb1dd7e1172e4e49ae243cb8ec6e6b69b01ba81c910

0c5ab599e6f11cf2c4de5485ec98c9d169b01c5c7ac53

e90fa734a4d2c83e0759aab4b0f64e0669b01d20b6a93

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima penyerahan zakat peniagaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Mahmud Abbas (dua, kiri) pada Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan bersama rakyat dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini. Turut hadir Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM8.48 juta daripada lima anak syarikat kerajaan negeri dan badan korporat pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H Daerah Petaling.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke majlis yang diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan menyerahkan RM2.66 juta, diikuti Sime Darby Property Berhad (RM2 juta), Jakel Trading Sdn Bhd (RM1.52 juta), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) (RM1.3 juta) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) (RM1 juta).

Pada majlis itu, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM500 kepada setiap 510 asnaf terdiri daripada fakir (100), miskin (354) dan mualaf (56) membabitkan peruntukan RM255,000, sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Turut hadir Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah, Mufti Selangor Datuk Dr Opir Anhar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

 
Back
Top
Log in Register