BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berkenan Terima Zakat Lebih RM5.6 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
9c98c54cfac8c0bf38df2c49f841539469b2c629b79a1

ecc6fe75672c55c875bbd42496b0265d69b2c62ca1ab2

6d3d0339e5995bd5cc2ec3c27d3e7bb969b2c62fa085a

Foto: Zakat Perak Al Ridzuan

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,673,589.57 daripada lapan syarikat korporat dan tiga individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR).

ZAPAR dalam kenyataan memaklumkan pembayaran zakat itu diadakan dalam satu majlis berbuka puasa bersama pegawai agama dan imam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar malam ini.

Penyerahan zakat didahului dengan pembayaran zakat pendapatan daripada Dr. Ahmad Latiffi Muhammad Sidek berjumlah RM120,000, disusuli Azim Radin Mustapha Amiruddin sebanyak RM100,000.

Seterusnya penyerahan zakat perniagaan daripada Azzizudin Sdn Bhd diwakili setiausaha syarikat, Norzita Rabaai berjumlah RM496,103.57, diikuti Bank Islam Malaysia Berhad diwakili Pengerusinya Tan Sri Dr. Ismail Bakar (RM751,000).

Ismail yang juga Pengerusi KPJ Healthcare Berhad mewakili syarikat itu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,386,000, diikuti BBV Engineering (M) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya Ahmad Shafuan Arifin (RM200,000) dan Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul (RM1,138,486).

Turut membayar zakat perniagaan ialah Pakeeza Restaurant & Catering diwakili pemiliknya Rizal Ali Naizali (RM150,000), diikuti oleh Dr. Nurul Haizam Yahaya yang membayar zakat pendapatan (RM310,000) dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd membayar zakat perniagaan diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Mesnor Bujang (RM850,000).

Penyerahan zakat perniagaan kemudian diakhiri oleh Zaman Motors Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Datuk Khadri Khalid (RM172,000).

Sultan Nazrin kemudian berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd. Annuar Zaini.

 
Back
Top
Log in Register