BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM11.47 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
89738a77db4523a49a7e3857adb73f2769986dea5bcaf

c055e5ca54fe82b5c9997784236fe1e569986e7a0c0e7

b4c1d24fccb0ec2e5cfa21cf8dab60b669986e977c43c

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima penyerahan zakat peniagaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI, Datuk Saipolyazan M Yusop pada Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan bersama rakyat dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah

Turut kelihatan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11.47 juta daripada enam syarikat korporat pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada majlis berkenaan, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan menyerahkan RM3.46 juta, diikuti Rafulin Sdn Bhd (2.45 juta), Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (RM 2 juta) dan Bank Islam Malaysia Berhad (RM1.26 juta).

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (RM1.21) dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (RM1.09 juta)

Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima wakaf korporat menerusi cek cura daripada Klinik Mata Wakaf Selangor kepada Management and Science University (MSU) berjumlah RM419,000, diikuti Public Islamic Bank Berhad dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM50,000.

Terdahulu, pada majlis itu Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 501 asnaf terdiri daripada fakir (200), miskin (241) dan mualaf (60) membabitkan peruntukan berjumlah RM250,500, sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Baginda turut berkenan menunaikan solat isyak dan tarawih bersama ribuan rakyat, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin.

Turut hadir Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah, Mufti Selangor Datuk Dr Opir Anhar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

 
Back
Top
Log in Register