BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Penghargaan Kepada Warga PendidikÂ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Penghargaan Kepada Warga PendidikÂ​

7dd7cadab05a0cd6a30554963ded521a6a07f6250891d

Kredit: FB - Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di Pahang dan seluruh negara.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan dan dedikasi guru yang tidak pernah jemu mendidik serta membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan agama, bangsa serta negara.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang baginda berdua bertitah guru merupakan tunjang utama dalam pembangunan modal insan serta memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berintegriti dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Baginda berdua turut mendoakan seluruh warga pendidik sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik generasi pewaris negara.

Hari Guru disambut setiap 16 Mei dengan tema tahun ini “Guru Bitara, Nadi Negara”.

 
Back
Top
Log in Register