BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Sambutan Hari Guru

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sultan Nazrin Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Sambutan Hari Guru​

ec0baf878235d88d88a0a23076eb30c76a072ab3eeaf6

caf9d0c0afa51c36ca99f3502d42650a6a072ac412a13


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55, di Hotel Casuarina, di sini.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada 8.36 malam itu, diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Wan Hashim Wan Rahim.

Fadhlina dalam sembah ucapannya berkata dalam mendepani perubahan dunia yang begitu pantas, pendidikan negara juga perlu bergerak dengan keberanian dan pandangan jauh agar kekal relevan serta mampu memenuhi keperluan masa hadapan.

“Maka, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 merupakan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk membawa sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih baik dan lebih bersedia menghadapi cabaran baharu.

“Rangka Pelan Malaysia 2026-2035 memberi penekanan kepada penguasaan ilmu, pembinaan sahsiah, penguasaan teknologi baharu termasuk Kecerdasan Buatan (AI), serta pengukuhan dwibahasa,” katanya.

Beliau berkata melalui Kurikulum Persekolahan 2027 yang progresif, bahasa Melayu dan Sejarah terus diperkukuh sebagai asas identiti bangsa, di samping memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak seawal usia lima tahun.

“Segala usaha ini digerakkan dengan tekad memastikan pendidikan negara kekal relevan, progresif dan mampu membuka peluang yang saksama kepada seluruh rakyat Malaysia, agar cahaya ilmu terus menyinari masa depan bangsa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register