BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Nancy Shukri Meninggal DuniaÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Suami Nancy Shukri Meninggal DuniaÂ​

a23b852b905bf55ff982d876de57e8556a33dd093d4a6


Suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching esok.

“Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Datuk Seri Nancy di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya untuk memberikan peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

“Masa penghormatan akhir akan dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.

 
Back
Top
Log in Register