BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenazah Suami Nancy Shukri Selamat Dikebumikan Di Kuching

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jenazah Suami Nancy Shukri Selamat Dikebumikan Di Kuching​

c17054e556845cf309ff8a7f13e0ca046a3512d1513da


Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini pada 5.15 petang tadi.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengebumian Allahyarham yang dihadiri kira-kira 100 orang, terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 12.50 tengah hari tadi sebelum dibawa ke kediaman keluarga bagi solat jenazah.

Semalam, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada usia 65 tahun.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga orang anak.

 
Back
Top
Log in Register