BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenazah Nur Izzati Humaira Selamat Dikebumikan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Jenazah Nur Izzati Humaira Selamat Dikebumikan​

f501577a8e384cc4cab5c2478d129b656a163734d036f


Jenazah Nur Izzati Humaira Azizul, 19, remaja perempuan yang meninggal dunia selepas hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, dekat sini, Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, 3.05 pagi tadi.

Jenazah Nur Izzati Humaira dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor pada 12.19 tengah malam.

Terdahulu, jenazah anak kedua daripada empat adik-beradik itu dibawa ke Masjid Ar-Riduaniah Felda Trolak Utara, di sini untuk disolatkan.

Bapa arwah, Azizul Abdul Aziz, 48, mengimamkan sendiri solat jenazah itu pada 2.20 pagi tadi bersama dengan kira-kira 50 jemaah di masjid berkenaan.

Dalam pada itu, Azizul ketika ditemui media selepas selesai pengebumian anaknya berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan agensi yang terlibat dalam usaha mencari serta mendoakan supaya Nur Izzati Humaira ditemukan selepas kehilanganya pada 23 Mei lepas.

“Saya pun cemburu dengan anak saya, amalan apa yang dibuat, satu Malaysia mendoakan, memberikan ucapan yang positif. Terima kasih semua.

“Dan satu yang kami sekeluarga harapkan, teruskan berdoa dan janganlah ada spekulasi yang tak sepatutnya keluar daripada mulut kita,” katanya.

Beliau berkata sambutan Aidiladha tahun ini meninggalkan erti pengorbanan kepada keluarga berikutan kejadian yang menimpa anaknya.

“Selepas ini akan saya ingati, apabila hari raya sahaja genaplah tahun-tahun kepergian Angah meninggalkan kami, tetapi apa-apa pun Angah tetap akan hidup dalam hati kami.

 
Back
Top
Log in Register