combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,125
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,125
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Nahas LPT: Jenazah Dua Penunggang RXZ Maut Selamat Dikebumikan
Isteri, Faridah Mat Asri, 39, menyiram air mawar di pusara Allahyarham suaminya, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, yang terkorban dalam nahas membabitkan 13 kenderaan di KM246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jenazah dua penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ yang maut dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di Kilometer (KM) 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Kuantan, Pahang awal pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, dan Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dikebumikan pada 4.45 petang.
Lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, kenalan terdekat dan penduduk setempat hadir di tanah perkuburan itu bagi memberikan penghormatan terakhir.
Terdahulu, kedua-dua jenazah disolatkan di Masjid Hadhari, Kampung Cacar Baru, Paka, di sini pada 4 petang.
Sebelum itu, kedua-dua jenazah dimandikan dan dikafankan di Masjid Cenderawasih, Kuantan selepas selesai proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 10 pagi tadi.
Che Mohd Sufian yang tinggal di Kampung Bukit Merah merupakan seorang buruh di tapak projek petroleum dan gas di Kerteh, manakala Muhammad Hafiz Al Hakim pula bekerja sebagai pemandu lori dari Kampung Cacar Baru.
Dalam kejadian pada 1.20 pagi itu, empat penunggang motosikal maut, manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan yang dipercayai berlaku selepas sebuah motosikal merempuh belakang sebuah kereta di lorong kanan.
Che Mohd Sufian, Muhammad Hafiz Al Hakim, dan seorang lagi penunggang Mohd Aizat Husni, 33, dari Kampung Bekok Bukit Payong, Jerteh maut di tempat kejadian, manakala Muhammad Safawi Md Noh, 24, dari Felda Nerang 2, Kemaman meninggal dunia ketika mendapat rawatan di HTAA.