BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Di LPT

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Empat Penunggang Motosikal Maut Dalam Nahas Di LPT​

138c8999df635b2cd4d5571e19000a026a51984ae229f

258ce5fc9f41ba9c9d00e7dbfaf140dc6a5198628ad3b

Kredit PDRM

Empat penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di KM 246.4  Lebuhraya Pantai Timur di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan dan Mohd Aizat Husni masing-masing berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi mangsa Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan 12 motosikal itu.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari Kuantan sedang menghala ke Kemaman.

“Ketika ditempat kejadian, secara tiba-tiba motosikal ditunggang Che Mohd Sufian dipercayai telah terlanggar bahagian belakang kereta itu dan terjatuh di lorong kanan menyebabkan beberapa lagi penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kemalangan itu mengakibatkan seorang remaja berusia 13 tahun yang juga penumpang kereta berkenaan, cedera di bahagian tengkuk manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

Ashari berkata kes disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 
Back
Top
Log in Register