BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Maut Dalam Nahas 11 Kenderaan Dekat Temerloh

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Empat Maut Dalam Nahas 11 Kenderaan Dekat Temerloh​

c5a54f49ca7f39ea43851df148ab82646a961f1447ca8

629f1af8b3ea3b62bfb690b7bfe6846a6a961f66aac9a

813f547e5b9348922ff8775cd68116e56a961f808b6fb

a81a9901c29e641e4184b7db781a26846a961fa974da0

fe05af8774b52707b64134e95db5ec8b6a961fe310dd3

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang

Empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah Lanchang menghala Kuantan malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 malam.

Beliau berkata kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah bas bagaimanapun 30 penumpang terselamat.

“Tiga individu, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita serta kanak-kanak lelaki tersepit dalam sebuah kereta, manakala seorang lagi mangsa lelaki tersepit dalam sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Pihak bomba telah membantu mengeluarkan kesemua mangsa berkenaan sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 2.50 pagi tadi,” katanya.

 

Kemalangan Maut Di Temerloh: PM Zahir Takziah, Minta Siasatan Teliti Dijalankan​

01ec3ecf489a6b276fbafbfcac600b8e6a96d38a59b62

kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kemalangan maut di Temerloh, yang turut meragut nyawa sebuah keluarga selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan.

Anwar turut menzahirkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa, dan mendoakan agar roh kesemua mangsa dicucuri rahmat dan keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan serta ketabahan.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga setiap kali berada di jalan raya.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam semalam,  empat termasuk tiga sekeluarga terbunuh serta tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 (arah Timur) di Lanchang, Temerloh, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh.

Mereka yang terkorban terdiri daripada pasangan suami isteri Muhammad Nazatul Nazmi dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan masing-masing berusia 32 tahun serta anak lelaki mereka berusia empat tahun yang menaiki kereta Proton S70.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah penumpang Honda CRV Seow Beng Wain, 55, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Kemalangan itu membabitkan empat kereta, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV), satu masing-masing kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pikap, sebuah lori tangki dan bas.

Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada lori tangki membawa simen yang hilang kawalan lalu melanggar beberapa kenderaan lain, yang sedang bergerak perlahan.

 

Fahmi Zahir Duka Insiden Ragut Empat Nyawa Di LPT 1​

d5a0a88e5699f185883fe27518cb8cd16a96f7a4bb702

Kredit : FB Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan rasa dukacita atas kemalangan maut di Temerloh yang meragut nyawa empat individu termasuk tiga sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur 1 (arah Timur) di Lanchang, Temerloh berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, yang turut mengakibatkan tiga lagi individu cedera.

"Semoga seluruh keluarga mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini," katanya.

Tiga sekeluarga yang terkorban ialah pasangan suami isteri Muhammad Nazatul Nazmi dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan Kassim, masing-masing berusia 32 tahun, serta anak lelaki mereka Muhammad Armaan Nazeef, 4, yang menaiki kereta Proton S70.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah Seow Beng Wain, 55, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, yang merupakan penumpang sebuah Honda CR-V.

Insiden pada kira-kira 10 malam itu membabitkan 11 kenderaan terdiri daripada empat kereta, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV), masing-masing sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pikap, sebuah lori tangki serta sebuah bas.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada lori tangki yang membawa simen hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan.

 
Back
Top
Log in Register