combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Warga Emas Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan
Kredit JBPM
Seorang lelaki warga emas maut selepas van dipandunya terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 34, Jalan Jeniang-Bukit Selambau dekat sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata polis menerima panggilan pada 8 pagi daripada orang awam dan kejadian melibatkan sebuah treler, van serta kereta.
Kemalangan menyebabkan Hassan Salleh, 60, yang mengalami kecederaan parah dan tersepit di dalam van maut di lokasi kejadian.
“Kejadian dipercayai berlaku selepas treler dipandu lelaki berusia 33 tahun dari arah Jeniang menuju ke Bukit Selambau terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh van serta kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hanyan berkata mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Beliau berkata wanita berusia 46 tahun yang memandu kereta turut cedera dan dirawat di sebuah hospital di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.