BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Warga Emas Maut Nahas Dua Kenderaan Di Kuala Kangsar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5ecd2fc2b54315f781b985f98f563d4c69e207f691c7c

Kredit: JBPM Perak

Dua wanita warga emas maut manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan van di Jalan Lama Hala Kati, Kampung Lubok Chapin dekat Kuala Kangsar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 2.38 petang, sebelum pihak bomba tiba di lokasi pada 3.03 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua wanita yang menaiki Perodua Myvi masing-masing berumur 67 dan 69 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dua mangsa menaiki van Nissan Vanette iaitu seorang wanita berusia 60 tahun dan seorang lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan selepas tersepit dalam kenderaan itu,” katanya.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.

Operasi menyelamat tamat pada 4.09 petang.

 
Back
Top
Log in Register