BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut, Lima Cedera Nahas Dua Kenderaan Di Lenggong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Maut, Lima Cedera Nahas Dua Kenderaan Di Lenggong​

b8f76bb99af6fe10b35c6f5e6ddf23066a3d20eea09ff

Kredit: JBPM Perak

Dua maut manakala lima wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Restoran Tasik Raban dekat Lenggong petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Zuraida Abu Bakar, 47, penumpang belakang yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey manakala Melvindar Singh Gamum Singh, 41, ialah pemandu Toyota Vios.

Sabarodzi berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.57 petang.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 6.12 petang.

 
Inspektor Polis Pandu Vios Masuk Lorong Bertentangan

Cubaan memotong sebuah kenderaan dipercayai menjadi punca kemalangan maut mengorbankan pegawai polis dan seorang guru di Kilometer 29 Jalan Kuala Kangsar-Baling berhampiran Restoran Tasik Raban, Lenggong, Perak, kira-kira pukul 5 petang pada Khamis. Kereta dipandu anggota polis berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa enam guru wanita. Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman, siasatan awal mendapati pegawai polis berkenaan cuba memotong sebuah kenderaan dalam perjalanannya menghala ke Kuala Kangsar.

"Keadaan itu menyebabkan Toyota Vios itu bertembung dengan Honda Odyssey dinaiki enam guru wanita yang dalam perjalanan menghala ke Gerik," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Khamis.

Nahas itu mengorbankan guru Kolej Vokasional Gerik, Zuraida Abu Bakar, 47, dan Inspektor Melvindar Singh Gamum Singh, 41, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu. Tambah Samad, ketika kejadian Honda Odyssey itu dipandu seorang guru wanita berusia 44 tahun, manakala lima lagi guru berusia antara 29 hingga 55 tahun merupakan penumpang MPV berkenaan. Menurutnya, guru yang maut ialah seorang daripada lima penumpang yang berada di tempat duduk belakang kenderaan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.​
 
Back
Top
Log in Register