BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Maut, Lima Cedera Kemalangan Dua Kenderaan Di JRTB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f3a04e9d18fe9d2bc17e7610047147bf69c108782d5fa

kredit -- JBPM JOHOR

Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Puncak Titiwangsa menghala ke Jeli, Lebuhraya Timur Barat, JRTB Gerik – Jeli, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.24 pagi.

Menurutnya, seramai 17 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan BBP Jeli digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Perodua Ativa terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang, manakala sebuah kenderaan Kia Forte pula terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat empat mangsa dalam Perodua Ativa, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala tiga lagi cedera. Dua lagi mangsa yang menaiki Kia Forte turut mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua lima mangsa cedera dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 
Back
Top
Log in Register