BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan RXZ: Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Nahas Berasingan Di Pahang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,130
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,130
Reaction score
346
Points
141

Perhimpunan RXZ: Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Nahas Berasingan Di Pahang​

2115a8dfa753e5b87ca31802e2744c676a6c650102ed5

Kredit: IPD Temerloh

Tiga penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera dalam empat kemalangan berasingan di Pahang ketika masing-masing dipercayai dalam perjalanan menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Di Temerloh, seorang peniaga pasar malam Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19, maut dalam kemalangan di KM 112.3 Leburaya Pantai Timur  (LPT) 1  arah Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11 malam, membabitkan seorang penunggang motosikal Yamaha LC135 yang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Terengganu bagi menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai terbabas dan jatuh lalu tercampak ke lorong kanan sebelum sebuah kenderaan berada di lorong berkenaan tidak sempat mengelak dan melanggar pemuda itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta wanita berusia 23 tahun tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, di Maran dua maut dalam kemalangan berasingan iaitu di KM184 dan KM147 LPT 1 arah Kuantan, masing-masing sekitar 6 dan 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata kemalangan pertama melibatkan mangsa Mohd Fauzi Othman, 44, dari Kuala Lumpur dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas serta jatuh di lorong kanan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Wong memaklumkan kes kedua melibatkan penunggang motosikal Muhamad Fikri Jamallunasi, 34, yang dari arah Temerloh turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai telah melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang sedang berhenti di lorong kecemasan bagi membantu ahli konvoi ke program berkenaan yang mengalami kerosakkan motosikal.

 
Back
Top
Log in Register