BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Ziarah Nancy Shukri Di Petra Jaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,392
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,392
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Ziarah Nancy Shukri Di Petra Jaya​

fc6f2f9e702a63c0897d6d257bac16a76a37c78aab64b

ea2058f0f48558600df2e7378027a6af6a37c76aea7ae


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Nancy Shukri di kediamannya di Petra Jaya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu baru kehilangan suaminya, Datuk Kamil Misuari, Khamis lepas.

Anwar yang tiba pada 5.45 petang meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama Nancy serta ahli keluarga.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud serta Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pada Khamis, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini pada Jumaat selepas diterbangkan dari Kuala Lumpur.

Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.

 
Back
Top
Log in Register