BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Isteri Antara Lima Ditahan, Polis Rampas 510kg Methamphetamine Bernilai RM25.5 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
4fbd632f2f9c4adf2cebc1e05d79a24469ca1b321c0a1

1b87284f0bdb8a3829e077152ba2695469ca1b2658d50

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, hari ini.

Polis menahan lima individu termasuk sepasang suami isteri dan  merampas 510 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM25.5 juta dalam tiga serbuan di kawasan Wang Kelian, Kaki Bukit dekat Padang Besar, minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek warga tempatan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 37 tahun itu dipercayai ahli rangkaian sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak beberapa tahun lepas.

Hussein berkata pasangan suami isteri dan seorang suspek lelaki yang menaiki dua kereta ditahan di sekitar jalan utama Wang Kelian menerusi serbuan pertama pada 24 Mac.

“Menerusi pemeriksaan lanjut dalam kereta dinaiki seorang suspek lelaki, polis berjaya merampas 20 guni yang mengandungi 500 paket plastik berisi dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Hussein berkata polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke sebuah daripada kenderaan itu kerana menimbulkan ancaman kepada anggota serbuan yang berisiko menyebabkan kemalangan jiwa.

Hussein berkata tangkapan tiga individu itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek lelaki di sekitar Wang Kelian pada 27 dan 28 Mac.

“Ujian saringan air kencing mendapati empat suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine manakala semakan rekod jenayah lampau mendapati semua mereka mempunyai rekod kes dadah,” katanya.

Beliau berkata kesemua mereka direman antara lima hingga tujuh hari bermula 25 Mac dan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hussein berkata tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan jumlah keseluruhan RM566,200 yang melibatkan sitaan enam kenderaan termasuk jenis pikap dan lapan motosikal.

 
Back
Top
Log in Register