BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat jumaat di musim coronavirus

Negeri Sembilan benar solat rapat saf 13 Jun ini​

SYAMILAH ZULKIFLI | | 11 Jun 2022

1803028.jpg

SEREMBAN - Negeri Sembilan membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau dengan cara merapatkan saf berkuat kuasa Isnin ini.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melalui kenyataan di Facebook rasminya berkata, jemaah bagaimanapun wajib memakai pelitup muka dengan sempurna ketika berada di ruang yang tertutup dan perlu memastikan tidak mempunyai sebarang gejala positif Covid-19.

"Jemaah juga dibenarkan bersalaman namun tidak dibenarkan menyentuh muka selepas bersalaman.

"Aktiviti Qiamullail, Iktikaf di masjid dan aktiviti pengajian ilmu (kelas takmir/ kuliyah/ tazkirah/ ceramah) juga dibenarkan tanpa penjarakan fizikal," katanya.

Menurutnya, majlis akad nikah, majlis kenduri kahwin, majlis sambutan hari kebesaran Islam, mesyuarat, program komuniti seperti penyampaian bantuan, sumbangan, gotong royong dan seumpamanya turut dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

Bagaimanapun katanya, sebarang program yang diadakan tertakluk kepada kebenaran daripada JHEAINS daerah dan permohonan perlu dibuat terlebih dahulu kepada Pegawai Agama Islam Daerah.

Selain itu katanya, solat jenazah juga turut dibenarkan tanpa adanya penjarakan.

"Masjid dan surau yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) akan diarahkan tutup sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya.

banyak gak surau2 yg open jumaat sejak pkp dah tutup balik.
So kene p masjid or surau yg mmg ada tauliah buat jumaat
 
last week cuti agung isnin, den bwk family jenjalan putrajaya.... singgah solat surau precint 14 solat asar, tak yah sejadah & boleh solat rapat & salam2 lps solat jemaah...

malam lepak masjid putra pulak solat maghrib+isyak, samo tak yah sejadah & boleh solat rapat & salam2 lps solat jemaah... alhamdulillah...
 
Wilayah mmg terawal tak payah sejadah and rapat2.
aku dr pkp pun mmg p wasjid wilayah je sbb lebih longgar hehe
 
ingatkan dah setel2 benda ni..masi lg d takuk penjarakan, hiduplah semahu mana kamu mahu kerna kita semua pasti akn menjadi mayit..
 
Wilayah mmg terawal tak payah sejadah and rapat2.
aku dr pkp pun mmg p wasjid wilayah je sbb lebih longgar hehe

FYI, di selangor masih ado surau2 (org kayangan) yg solat jarak2 sbb majoriti perumahan (org kayo) situ org2 tuo pencen pangkat tinggi & rumah bosar & takut rapat2 saf sbb konon2 kobid akan melekat.

lps solat nk salam pun deme lari, mentang2 lah aku ni bkn org situ singgah solat ajo naik keto buruk kpeh kpeh kpehhhhhh....

yennadey tambi ape daa psiko btol ekekeekkekee
 
kat selangor ni dia tak concern pun nak rapatkan betul2 saf & bersalaman lepas solat
sbb dia sibuk nak pi bon odori :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register