AceGlobal13
Active Member
- Messages
- 1,969
- Joined
- Dec 22, 2008
- Messages
- 1,969
- Reaction score
- 81
- Points
- 30
Sunat Dhuha biasanya dilakukan ketika matahari sudah tinggi dan cukup merasa bahangnya. Manakala rakaatnya diperselisihkan. Ada yang mengatakan paling sedikit 2 rakaat dan paling banyak 8 rakaat. Ada juga yang mengatakan 12 rakaat atau 6 rakaat. Bahkan sebahagian besar ulama mazhab Syafi`ie diiringi ath-Thabari mengatakan tiada had dalam rakaatnya.(Rujuk: Nailul Awthar: Syaukani: 3/62)
Meskipun begitu mereka tidak memiliki dalil yang kukuh dan kabur berkenaan dengannya. Bahkan sebahagian besar darinya dianggap maudhu` (hadits ciptaan) oleh para ulama Sunni sendiri.(Sila Rujuk Kitab Zadul Ma`ad karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah: 1/117-119. Beliau telah mengemukakan sebahagian riwayat maudhu` berkenaan solat dhuha)
Manakala sebahagian ulama pula berpendapat bahawa solat tersebut merupakan bid`ah mungkar berdasarkan nas dan dalil dari Rasul s.a.w. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Mauriq berkata: Aku bertanya kepada Ibnu Umar: Kamu bersolat Dhuha? Beliau menjawab: Tidak. Aku bertanya lagi: Umar? Beliau menjawab: Tidak. Aku bertanya lagi: Abu Bakar? Beliau menjawab: Tidak. Aku terus bertanya: Bagaimana dengan Rasul? Beliau menjawab: Aku tidak pernah menyaksikannya!(Sila rujuk:Shahih Bukhari: 2/73)
Perkara yang sama diakui oleh Aisyah isteri Nabi berkata: Aku tidak pernah melihat Rasul melaksanakan solat dhuha. Akan tetapi aku melakukannya (Sila rujuk: Shahih Bukhari: 2/73 & Musnad Ahmad: 6/209)
Seterusnya imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Abdul Rahman bin Abi Bakrah berkata: Abu Bakrah telah melihat orang ramai melakukan solat dhuha lalu beliau berkata: Sesungguhnya mereka melakukan solat yang tidak pernah baginda Rasul melakukannya. Begitu juga para sahabat umumnya.(Sila tujuk: Musnad Ahmad: 5/45)
Diikuti lagi dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Bukhari dari Mujahid berkata: Aku memasuki masjid bersama Urwah bin Zubair dan ketika itu Ibnu Umar sedang duduk di perkarangan bilik Aisyah. Ketika itu orang ramai sedang melakukan solat dhuha maka kami bertanya kepadanya tentang solat orang ramai itu dan beliau menjawab: Itu adalah bid`ah.(Sila rujuk: Shahih Bukhari: 3/3. Bab Umrah)
Sekadar ini sudah memadai sebagai membuka fikiran kita untuk menilai betapa huru-hara riwayat-riwayat berkenaan solat dhuha tersebut. Dengan ini, apakah ia layak dijadikan sandaran syariat seterusnya dijadikan amalan “sunat”?
Bagaimana teman2...apa pandangan anda?

Last edited: