BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat berpandukan Al-Quran

majoriti yang belajar ambik course tafsir al-quran akan mengalami gangguan jiwa kalau xkuat mental dan fizikal....


kenapa yer:-?


ilmu perubatan pun ramai yg alami masalah mental..
info nie aku dpt pengalaman aku menjalankan tugas hakiki aku..
ramai doktor xberapa sihat mental..
p/s aku bukan doktor..tapi aku memantau mereka...
 
Last edited:
ammal,

sebelom nkau melalut ke laut.. ko tolong jawab soalan aku dlm thread ni.. itu pun kalau nkau rasa nkau org yg benar.. kalau nkau tak jawab nkau hnyalah perosak ayat2 quran..

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=408317

p/s: ko ingat ayat quran tu ciptaan manusia yg boleh difikir dgn akal manusia tnpa ilmu dan bantuan baginda muhammad saw..

orang yg tak percaya Al Quran tu yg sesat
mereka lebih suka percaya kitab karangan manusia yg ditulis 200 tahun selepas nabi wafat, dan ditulis berdasarkan cakap-cakap orang semata-mata.

nabi tak akan ajarkan yg lain selain dari apa yg diwahyukan iaitu Al Quran sahaja.
hadis-hadis yg faktanya tidak selari dgn Al Quran, adalah hadis palsu, walaupun mereka kata sahih, kerana bukan Allah yg bagi darjat sahih itu.
-------------------------------
dalil-dalil perintah dari Allah supaya Nabi menurut apa yg diwahyukan sahaja, iaitu ikut Al Quran sahaja.

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat,
aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Al-An'aam 6:50)

Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.
(Al-An'aam 6:106)

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Al-A'raaf 7:203)

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri,
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".
(Yunus 10:15)

Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.
(Al-Kahfi 18:27)

Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"
(Al-Anbiyaa' 21:108)

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran,
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut 29:45)

Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu,
(dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Al-Ahzaab 33:2)

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu;
kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
(Az-Zukhruf 43:43)

Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu.
Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"
(Al-Ahqaaf 46:9)

 
Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan kita 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah pasti kamu tidak akan SESAT. Ikutlah solatlah seperti mana Nabi Muhammad s.a.w solat.

sunnah tu bukan kitab bukhari, semasa nabi bersabda begitu, belum ada hadis yg di tulis.
sunnah tu cara hidup nabi, cara makan, cara berpakaian, dan sebagainaya, bukan melibatkan hukum hukum yg wajib.
 
TT..hadis 2 penghuraian hukum dari alquran, kata2, perbuatan nabi,
klu xde hadis cmne kite nak tau ape yg nabi ckp, ajar dan buat,
klu kita anti hadis, cmne nak dpt syafaat nabi..
udah2 ler TT,.. taubat le..:(
 
majoriti yang belajar ambik course tafsir al-quran akan mengalami gangguan jiwa kalau xkuat mental dan fizikal....


kenapa yer:-?


ilmu perubatan pun ramai yg alami masalah mental..
info nie aku dpt pengalaman aku menjalankan tugas hakiki aku..
ramai doktor xberapa sihat mental..
p/s aku bukan doktor..tapi aku memantau mereka...

dasat...reja apa ni?
 
Back
Top
Log in Register