hanya 3 nama solat yg terdapat daam Al Quran,
1- Solat fajar 24:58
2- Solat isyak 24:58
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum solat fajar, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isyak;
itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:58)
ayat 24:58 menyebut nama 'solat fajar' dan 'solat isyak'.
3- Solat wusta 2:238.
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta , dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Al-Baqarah 2:238)
ayat 2:238 menyebut nama 'solat wusta'.
nama 'solat zohor', 'solat asar' san 'solat maghrib' tidak terdapat dalam Al Quran.