BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat berpandukan Al-Quran

Pulak



The following errors occurred with your submission:
The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters.
 
Penganut Yahudi Orthodox sembahyang 3 waktu walaupun kaifiyat sembahyang tak sama macam orang ISLAM

Kefardhuan solat ALLAH anugerahkan kepada baginda Rasulullah saw semasa baginda mi'raj....


dalam hadith baginda pernah menyebut tentang solat wusta ::

Dari Ibnu Mas'ud, dia berkata, "Rasulullah s.a.w berkata : "Solat wusta itu adalah solat Asar." (HR Tirmidzi)
 
Copy paste dari posting lalu


Posting ini akan memberi bukti jelas bahawa di dalam al-quran sendiri memang terdapat nas yang mengatakan solat adalah lima waktu....


"Hendaklah kamu menjaga solat-solat (solawaat) dan solat wustha (yang ditengah)".
[ al-baqarah 238 ]

Seterusnya kita mengkaji satu ayat lain

"Dirikanlah sembahyang pada waktu dua tepian siang (tarafayin-nahar) dan sebahagian daripada awal (zulafan atau zulafun) malam,...." [ hud 114 ]

kita kaji ayat di atas berpandukan bahasa arab.....

Perhatikan pada ayat pertama, perkataan yang digunakan adalah "solawaat" iaitu perkataan jamak kepada solat. Dalam tertib bahasa Arab, perkataan solat adalah mufradah (singular), solatan (dual) manakala solawaat pula adalah dalam bentuk (plural) jamak mu'annas. Maka tidak mungkin ayat pertama tadi (solawat) merujuk kepada 2 sembahyang, tetapi mestilah 3 atau lebih.

Ada pun perkataan 'wustha' merujuk kepada sesuatu yang berada "di antara" atau "ditengah". Maka, perkataan 'solawat' yang dirujukkan di sini patutlah merujuk kepada bilangan genap, iaitu 4 atau lebih, supaya 'solat wustha' boleh betul-betul berada 'di tengah-tengah/ di antara' secara saksama (unbiased).

Apabila kita cantumkan faham ayat ini dengan ayat yang kedua, ternyata sekali yang dimaksudkan di sini adalah LIMA.

Perkataan pertama (tarafayin -lit: 2 tepian) secara jelas merujuk kepada dua (kebanyakan terjemahan pun telah menterjemahkan sebegini). Mengikut para pentafsir, yang dimaksudkan di sini ialah solat Subuh dan solat Dzuhur. Begitu juga perkataan zulafan adalah perkataan yang bersifat plural (jamak) terhadap perkataan 'zulfatun' yang membawa maksud 'yang mendekati' atau 'menghampiri'. Oleh kerana ia berbentuk jamak, tentulah ia berbilang tiga atau lebih. Menurut para mufassirin, waktu-waktu tersebut ialah 'Asr, Maghrib dan 'Isyak, iaitu waktu-waktu yang jelas berkaitan dengan malam.

Rujukan
 
Back
Top
Log in Register