BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sokongan Anwar baik tapi kemenangan ditentukan kerja di kawasan, kata Pemuda PKR

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Sokongan Anwar baik tapi kemenangan ditentukan kerja di kawasan, kata Pemuda PKR​

6b8ac3ce-fa18-4c36-bd14-0acea31e9eb2-anwar-ibrahim-bernama-070826-1-.jpg

Kamil Munim berkata ahli dan jentera perlu raih kepercayaan rakyat untuk kekal sokong Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sistem politik berasaskan perwakilan menuntut anggota dan jentera parti turun berkhidmat serta mendapatkan kepercayaan rakyat di kawasan masing-masing.

“Kalau kita lihat agensi ataupun kajian yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri itu baik, tetapi sistem politik kita tidak sebegitu.

“Sistem politik kita ialah sistem perwakilan yang memerlukan kita berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing dan di cabang masing-masing untuk mendapatkan kepercayaan serta sokongan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penggulungan Kongres PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Kamil berkata kemenangan PKR di setiap kawasan penting bagi memastikan Anwar yang juga presiden parti dapat dikekalkan sebagai perdana menteri untuk penggal kedua.

“Kemenangan kita di kawasan itulah yang akan menentukan dan memastikan presiden kita dapat dikekalkan untuk penggal yang kedua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa PKR mengambil iktibar daripada kekalahan lalu dan memperbaiki kesiapsiagaan jentera menjelang pilihan raya akan datang.

Kamil turut menegaskan agenda reformasi memerlukan kesabaran dan perlu dilaksanakan secara konsisten serta dengan kebijaksanaan.

“Reformasi menuntut kesabaran. Reformasi harus konsisten dan apabila tiba waktunya, apabila masanya sesuai, reformasi itu akan dan terus dilaksanakan oleh kita.

“Kita sudah tunjukkan dalam tiga tahun ini negara ini boleh ditadbir dengan baik sekiranya kita mempunyai pemimpin yang cekap,” katanya.
 
“Kalau kita lihat agensi ataupun kajian yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri itu baik, tetapi sistem politik kita tidak sebegitu.
 
Back
Top
Log in Register