BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Kalau Zahid minta, saya berhenti, tapi bukan desakan Pemuda PKR’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

‘Kalau Zahid minta, saya berhenti, tapi bukan desakan Pemuda PKR’​

d364f48c7525b62c2fa963dde31040a5.jpg


Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, menepis dakwaan Angkatan Muda PKR (AMK) yang mengaitkan dirinya dengan isu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Tabung Haji.

Katanya, kenyataan Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol yang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasatnya sekadar permainan “persepsi jahat” untuk merobek reputasi institusi Bumiputera berkenaan.

Katanya namanya tidak pernah dipanggil mahupun disebut dalam laporan RCI, malah tiada sebarang isu salah laku yang boleh dikaitkan dengan dirinya sepanjang berada dalam pentadbiran terdahulu.

"Soal RCI Tabung Haji tak ada kaitannya kerana tak ada pun sebut nama saya dalam laporan RCI tersebut. Saya tidak pernah dikaitkan dengan sebarang isu salah laku.

"Ini hanya mainan persepsi puak-puak yang mahu merobek reputasi institusi ini," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu diminta mengulas desakan AMK yang turut menggesanya melepaskan jawatan pengerusi agensi berkenaan.

Sebelum ini, Dzul Hilmi berkata siasatan SPRM perlu dipanjangkan ke atas semua pihak yang mempunyai kaitan.

"Saya bukan mengatakan beliau bersalah. Tetapi kalau kita benar-benar mahu mencari kebenaran, semua nama yang terlibat harus dipanggil ke meja siasatan kerana pada tahun 2017, Asyraf Wajdi hadir dalam majlis memeterai perjanjian pajakan hotel antara Tabung Haji dan Al-Rawda.

"Beliau hadir atas kapasiti sebagai timbalan menteri dan ketua jemaah haji Malaysia, mewakili menteri ketika itu.

"Jadi saya ingin bertanya, apa yang beliau tahu tentang urusan tersebut? Apa peranan beliau ketika itu?” soalnya dalam kenyataan semalam.

Mengulas mengenai kedudukannya sebagai pengerusi MARA, Asyraf menegaskan bahawa kuasa menentukan status jawatannya terletak sepenuhnya bawah bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi merangkap menteri kemajuan desa dan wilayah (KKDW).

"Kalau menteri KKDW minta untuk saya berhenti, saya berhenti. Tapi bukan atas desakan AMK Parti Keadilan (PKR)," tegasnya lagi.

Dia turut mengingatkan semua pihak agar tidak meneruskan agenda politik sempit yang boleh merosakkan imej serta kredibiliti Mara.

"Bukan saya nak lama pun di Mara. Maknanya yang paling penting, institusi ini akan tetap dipertahankan.

"Jangan ada usaha-usaha untuk merobek reputasinya daripada unsur-unsur luar yang sengaja nak melihat institusi orang Melayu ini jatuh. Ini bukan soal Asyraf Wajdi, ini soal institusi Mara," katanya.

 
Kiri kanan dia kena hentam
Padahal dia buat kerja
Yg bnyk hentam dia puak sana, bila dia propose hospital mara tu
 
Kiri kanan dia kena hentam
Padahal dia buat kerja
Yg bnyk hentam dia puak sana, bila dia propose hospital mara tu
Tak faham nape non bumi merentan MARA nak buat hospital sendiri.

At least ad la bebudak kolej mara tu nak practical kurangkan kesesakan hospital gomen yg mmg selalu sesak.
 
Back
Top
Log in Register