afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Peletakan jawatan Nurul Izzah bukan masalah besar, kata Pemuda PKR
Ketua Pemuda PKR Kamil Munim, berkata kenyataan pucuk pimpinan berkait peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai timbalan presiden sudah memadai.
Ketuanya, Kamil Munim berkata operasi parti kekal berjalan seperti biasa, selain enggan mengulas lanjut memandangkan kenyataan dikeluarkan pucuk pimpinan sudah memadai.
“Saya tidak fikir itu adalah satu bebanan isu ataupun masalah politik besar yang terpaksa dihadapi hari ini.
“Organisasi (PKR) berjalan dengan baik seperti biasa,” katanya menurut Kosmo, di Kuala Kangsar.
Semalam, Nurul Izzah menegaskan akan terus menyokong perjuangan parti di bawah pimpinan Anwar meskipun melepaskan jawatan nombor dua parti berkenaan.
Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap Saifuddin Nasution Ismail selaku pemangku timbalan presiden dan Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya untuk melaksanakan amanah mereka dengan bijaksana dan tekun.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi alasan pengundurannya bagi meneruskan pengajian lanjutan serta mahu membuka langkah baharu dalam kehidupannya yang berdiri di atas khidmat dan bakti, serta tidak semestinya terikat dengan dunia politik.
PKR mengumumkan Nurul Izzah akan bercuti sementara daripada tugasnya sebagai timbalan presiden PKR selepas kongres nasional parti itu, minggu depan.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dipetik berkata, Nurul Izzah sebenarnya memohon berundur sepenuhnya, namun Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti memutuskan membenarkan beliau berehat seketika daripada peranan itu.
Nurul Izzah menang pemilihan timbalan presiden PKR pada Mei tahun lalu, selepas menewaskan penyandangnya, Rafizi Ramli.
