BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR tidak akan bertanding di kawasan lemah, tiada hasil, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25
7919a128-anwar-ibrahim-pmx-bernama-130426-2.jpg

Anwar Ibrahim berkata keutamaan perlu diberikan kepada bahagian yang kuat berbanding membantu cabang bermasalah. (Gambar Bernama)

Menurut beliau, kepimpinan parti tidak akan melayan cadangan daripada bahagian yang lemah, walaupun disertakan dengan sokongan atau cadangan tertentu.

“Keahlian mesti bertambah, program mesti dipertingkatkan. Saya mahu jelaskan – kita hanya akan pertimbangkan kawasan yang menunjukkan peningkatan dari segi jentera, keahlian dan aktiviti.

“Jika tidak, walaupun jawatankuasa pilihan raya mencadangkannya, saya akan tolak,” katanya ketika berucap di Konvensyen PKR Terengganu hari ini.

Anwar yang juga perdana ,enteri berkata, memberi keutamaan kepada bahagian yang kukuh adalah lebih baik daripada menghabiskan tenaga membantu cabang tiada ahli, lemah, bermasalah dan tidak menunjukkan hasil.

“Mesej saya jelas, bukan? Ada cara untuk menang. Untuk kalah itu lebih mudah,” katanya.

Namun begitu, beliau menyatakan keyakinan bahawa momentum PKR di Terengganu kini semakin bertambah baik.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022, PKR memenangi 31 kerusi, menurun berbanding 47 kerusi pada tahun 2018.

Parti itu juga tewas di beberapa kawasan penting susulan fenomena “gelombang hijau” yang memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional, khususnya di negeri-negeri majoriti Melayu.
 
Back
Top
Log in Register