afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Hanya PKR dalam pertimbangan, tiada parti lain, kata Kamarudin
Dua bekas pemimpin PKR Kamarudin Jaffar dan Mansor Othman sedang pertimbang untuk menyertai semula parti itu.
Kamarudin mengesahkan kepada FMT bahawa beliau sedang berbincang dengan beberapa rakan dalam PKR mengenai kemungkinan kembali ke parti itu, namun belum membuat sebarang permohonan rasmi.
“Ia sebagai usaha memastikan kestabilan dan kelancaran kerajaan demi kepentingan dan kestabilan politik negara.
“Setakat ini hanya PKR yang sedang dipertimbangkan. Parti lain tiada,” kata bekas timbalan menteri itu.
Kamarudin mengulas laporan yang beliau dijangka menyertai semula PKR yang ditinggalkannya enam tahun lalu.
FMT memetik sumber melaporkan beliau telah menyerahkan permohonan menyertai semula PKR di bawah Cabang Cheras.
Bagaimanapun, Kamarudin berkata sekiranya kembali menyertai PKR, beliau berkemungkinan kekal sebagai ahli Cabang Bandar Tun Razak, kawasan yang diwakilinya sebagai Ahli Parlimen dari 2018 hingga 2022.
Difahamkan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman juga sedang mempertimbangkan kemungkinan kembali menyertai PKR.
FMT telah menghubungi bekas naib presiden PKR itu untuk maklum balas.
Kamarudin dan Mansor adalah antara 11 Ahli Parlimen PKR yang keluar parti bersama Mohamed Azmin Ali pada Februari 2020 untuk menyertai Bersatu.
Perkembangan itu menjadi antara rentetan peristiwa politik yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.