BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Pengembara Dijangka Dibentang Ke Kabinet Dalam Masa Terdekat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141
d85305ea082c4dde1c5f54f70eefd05d69b17ed0e9536

90152a375d44e74cf64f63a34e11061369b17ee489890

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan menyampaikan ucapan semasa menghadiri Perhimpunan Bulanan Mac 2026 dan Majlis Berbuka Puasa di Menara PERKESO.

Skim Pengembara yang bertujuan melindungi rakyat Malaysia berulang-alik kerana bekerja di negara jiran, dijangka dibentangkan ke Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata inisiatif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu kini memasuki fasa akhir kajian sebelum dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

“Skim ini melibatkan kira-kira 400,000 individu yang bekerja di Singapura, mereka tidak ada skim perlindungan. Jadi kalau apa-apa terjadi semasa berulang-alik kerja, siapa yang akan menjaga mereka dan keluarga?

“Mereka rakyat Malaysia dan seperti dikatakan dan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada siapa yang akan tertinggal,” katanya.

Ramanan berkata demikian kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2026 dan Majlis Berbuka Puasa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata PERKESO akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan pengembara pada 6 April di Kedutaan Malaysia di Singapura.

 
Back
Top
Log in Register