boey
Legendary Member

- Messages
- 15,508
- Joined
- Oct 10, 2007
- Messages
- 15,508
- Reaction score
- 57
- Points
- 120
DUNGUN: Rahsia dua pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, mampu hidup mewah termasuk memiliki kereta sendiri terbongkar apabila ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, semalam.
Dua pelajar terbabit, masing-masing berusia 21 tahun dari Tumpat dan Pasir Mas, Kelantan ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri di sebuah rumah di Taman Delima 1, Batu 5, di sini, jam 2.30 pagi.
Dalam serbuan diketuai Cif Inspektor Jasmiaizan Mohamad Johari itu, seorang wanita berusia 19 tahun dari Jeli, Kelantan dipercayai teman wanita seorang daripada dua pelajar terbabit turut ditahan.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata seorang daripada dua pelajar terbabit dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda dan heroin membabitkan pelajar IPTA di negeri itu.
Menurutnya, dalam serbuan dan pemeriksaan di rumah terbabit, anggotanya merampas 2,396 pil kuda dan lapan botol mengandungi serbuk putih disyaki heroin.
Katanya, berat kasar pil kuda terbabit ialah 228 gram manakala heroin pula seberat 13.6 gram dengan nilai keseluruhan dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM50,000.
“Dalam serbuan itu, kita turut merampas sebuah Proton Wira Aeroback disyaki milik seorang daripada dua pelajar terbabit yang dipercayai diperolehi hasil pengedaran dan penjualan dadah.
“Rampasan ini yang terbesar membabitkan pelajar IPTA di negeri ini sekali gus berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah membabitkan pelajar IPTA di Terengganu,” katanya.
Beliau berkata, sindiket berkenaan mula dikesan sejak awal tahun lalu dan kejayaan itu hasil risikan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah hasil maklumat awam.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.
“Kita akan terus mengesan dan menahan saki-baki anggota sindiket pengedaran berkenaan dan usaha ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya.
Turut hadir pada sidang media yang diadakan di IPD Dungun itu Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Deputi Superintendan Amran Ramli dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor.
Dalam perkembangan berkaitan, Ayub berkata, pola pembabitan pelajar dalam pengedaran dan penagihan dadah di negeri itu tahun lalu menurun sedikit berbanding 2006.
“Pada 2007 sebanyak 89 kes dilaporkan berbanding 110 kes pada 2006.
“Penurunan sebanyak 21 kes atau 19 peratus itu memperlihatkan keadaan masih terkawal kerana kita mengambil tindakan berterusan terhadap kegiatan itu khususnya membabitkan pelajar di negeri ini,” katanya.