BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kastam Sabah Gagalkan Cubaan Edar Dadah Bernilai Lebih RM3 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kastam Sabah Gagalkan Cubaan Edar Dadah Bernilai Lebih RM3 Juta​

2f88405387a3e40e4ed63b76a66138176a0d56f2c89da

Dr Ahmad Taufik Sulaiman

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan mengedar pelbagai dadah dianggar bernilai lebih RM3.15 juta dalam tiga rampasan di Lapangan Terbang Tawau dan Gudang Pos Aviation di bandar raya ini baru-baru ini.

Pengarah Kastam Sabah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata pada 1.35 tengah hari 11 Mei, pihaknya merampas 57.27 kilogram dadah disyaki methamphetamine dianggar bernilai RM2.86 juta selepas memeriksa empat bagasi di Lapangan Terbang Tawau.

“Kesemua hablur jernih itu ditemukan dalam 142 beg plastik kedap udara berzip di dalam keempat-empat bagasi terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sindiket dipercayai menggunakan perkhidmatan kurier dengan menyembunyikan dadah di dalam beg plastik sebelum dimasukkan ke dalam bagasi dan dihantar ke Tawau.

Ahmad Taufik berkata dalam kes kedua pada hari sama, Cawangan Narkotik JKDM Sabah merampas satu bungkusan pada 1 tengah hari disyaki mengandungi 4,678 gram methamphetamine bernilai RM233,900 di Gudang Pos Aviation Kota Kinabalu.

Beliau berkata bungkusan terbabit dibawa ke Wisma Penguatkuasaan Sabah untuk siasatan lanjut dan sindiket dipercayai memasukkan dadah ke dalam bungkusan berwarna putih sebelum disimpan di dalam kotak serta dihantar ke Semporna menggunakan perkhidmatan kurier.

“Satu lagi rampasan dilakukan pada 8 Mei membabitkan 375 gram pil ekstasi bernilai RM56,250 di Gudang Pos Aviation Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan dilabel sebagai set barangan elektronik bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Ketiga-tiga kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register