BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sabah Tumpas Dua Sindiket Edar Dadah, Rampasan Bernilai RM3.25 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Polis Sabah Tumpas Dua Sindiket Edar Dadah, Rampasan Bernilai RM3.25 Juta​

a6e0d85d555095b19267ad22c0e5b11f6a0d681724f66


Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan penahanan 10 individu dan merampas pelbagai jenis barang larangan itu bernilai lebih RM3.25 juta dalam beberapa serbuan di empat daerah baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata hasil operasi itu, sebanyak 63 kilogram (kg) syabu, 31 kg cecair THC, 4.49 gram ganja dan satu kilogram serbuk ekstasi berjaya dirampas.

“Dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di Taman Heng Long, Jalan Seri Melor Tinagayan, Semporna pada 3 Mei.

“Polis merampas 15 kotak mengandungi 10,000 kartrij pelbagai jenis vape dianggarkan seberat 20 kilogram bersama dua gelen berwarna biru mengandungi cecair disyaki THC seberat 11 kg daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 31 kg bernilai kira-kira RM93,000.

Jauteh berkata susulan kejayaan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 38 hingga 52 tahun dalam serbuan di sekitar bandar raya ini dan Tawau.

“Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam urusan transaksi dan penghantaran kotak-kotak mengandungi vape serta cecair THC tersebut,” katanya.

Dalam kes kedua, beliau berkata polis menahan lima lelaki dan seorang wanita dipercayai aktif dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan serbuk ekstasi hasil serbuan di bandar raya ini, Penampang dan Sipitang, sejak 11 Mei.

Beliau berkata sebanyak 63.18 kg syabu, serbuk ekstasi dan ketamin turut dirampas yang dianggar bernilai RM3.16 juta.

 
Back
Top
Log in Register