BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siswa edar dadah

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120
DUNGUN: Rahsia dua pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, mampu hidup mewah termasuk memiliki kereta sendiri terbongkar apabila ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, semalam.

Dua pelajar terbabit, masing-masing berusia 21 tahun dari Tumpat dan Pasir Mas, Kelantan ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri di sebuah rumah di Taman Delima 1, Batu 5, di sini, jam 2.30 pagi.

Dalam serbuan diketuai Cif Inspektor Jasmiaizan Mohamad Johari itu, seorang wanita berusia 19 tahun dari Jeli, Kelantan dipercayai teman wanita seorang daripada dua pelajar terbabit turut ditahan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata seorang daripada dua pelajar terbabit dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda dan heroin membabitkan pelajar IPTA di negeri itu.

Menurutnya, dalam serbuan dan pemeriksaan di rumah terbabit, anggotanya merampas 2,396 pil kuda dan lapan botol mengandungi serbuk putih disyaki heroin.

Katanya, berat kasar pil kuda terbabit ialah 228 gram manakala heroin pula seberat 13.6 gram dengan nilai keseluruhan dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM50,000.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas sebuah Proton Wira Aeroback disyaki milik seorang daripada dua pelajar terbabit yang dipercayai diperolehi hasil pengedaran dan penjualan dadah.

“Rampasan ini yang terbesar membabitkan pelajar IPTA di negeri ini sekali gus berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah membabitkan pelajar IPTA di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, sindiket berkenaan mula dikesan sejak awal tahun lalu dan kejayaan itu hasil risikan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah hasil maklumat awam.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

“Kita akan terus mengesan dan menahan saki-baki anggota sindiket pengedaran berkenaan dan usaha ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya.

Turut hadir pada sidang media yang diadakan di IPD Dungun itu Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Deputi Superintendan Amran Ramli dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayub berkata, pola pembabitan pelajar dalam pengedaran dan penagihan dadah di negeri itu tahun lalu menurun sedikit berbanding 2006.

“Pada 2007 sebanyak 89 kes dilaporkan berbanding 110 kes pada 2006.

“Penurunan sebanyak 21 kes atau 19 peratus itu memperlihatkan keadaan masih terkawal kerana kita mengambil tindakan berterusan terhadap kegiatan itu khususnya membabitkan pelajar di negeri ini,” katanya.
 
sblm tu.. sure ade edar dada sesket tu..
 
uih...boey jadi reporter ari nih....:D
 
abisla kehidupan tiga orang tu..konpem gantung mandatori..
mintak simpang la sedara mara dan kawan2 kita
 
Aku tak heran klau siswa edar dadah...sebab siswa skrg ramai yg tak ikut aliran islam...manusia ni kalau tinggi mana pun ijazah dia...phd ke...ntahapaapantah lagi tp klau tak ikut lunas islam dan beriman kpd Allah maka sama tahapnya macam binatang ternakan...sebab islam hanya memperakui bahawa manusia yg beraqal hanyalah mereka yang beriman kepada Allah...kena ingat tu...setakat bangga dgn status tapi tak ikut syariah aku pandang mereka ni macam kerbau berkubang dlm lumpur je.
 
abisla kehidupan tiga orang tu..konpem gantung mandatori..
mintak simpang la sedara mara dan kawan2 kita

x tentu jugak.... itu klau dia mengaku bersalah dan hukuman boleh diringankan... lpas tu masih ada mahkamah rayuan lg...

klau dia x mengaku x bersalah... polis akan tahan reman siasatan lebih kurang 14 hari... di mahkamah lawyer akan dan pendakwa akan berhujah, nak sabitkan kesalahan kena ada saksi dan bukti cukup... itu pun makan masa 3 tahun atau lebih... dlm jangkamasa tu... macam2 boleh berlaku....

Ada satu kes tahun lepas kes bunuh orang kat trengganu... bukti dah ada... cuma saksi x datang... buang kes... sampai Musa Hasan pun tak puas ati... kluar kenyataan kat TV3 minta saksi beri kerjasama...

Itulah susahnya bila kita gunapakai sistem penjajah, sebenarnya menyusahkan... sebab itu tun fairus ckp nak implement undang2 syariaat Islam... dan musa hassan stuju... tp senyap cam2 jer lapas kes videoklip linggam....
 
hancus anak melayu kita..sebab nak duit senang!
 
Back
Top
Log in Register