BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjara Seumur Hidup, 12 Sebatan Terhadap Warga Indonesia Edar Dadah Dikekalkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141
e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang warga Indonesia kerana mengedar 549.68 gram methamphetamine.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azizul Azmi Adnan, bersama-sama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid sebulat suara menolak rayuan Mohammad Zulfikar Supiyandi Kasmin serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Azizul berkata hujahan pihak pembelaan berhubung dakwaan percanggahan masa penyerahan bahan bukti dadah oleh pegawai penyiasat kepada ahli kimia tidak pernah dibangkitkan kepada saksi berkenaan.

Beliau seterusnya berkata bahawa terdapat prinsip umum di mana kegagalan menyoal balas saksi mengenai aspek penting kes dianggap sebagai penerimaan terhadap keterangan saksi tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa kegagalan pegawai penyiasat untuk mengesahkan keadaan penahanan perayu serta cara barang terlarang itu diperoleh tidak menjejaskan kes pendakwaan.

Zulfikar, 26, sebelum ini dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 28 Julai 2024 iaitu penjara seumur hidup dan 12 sebatan atas kesalahan mengedar methamphetamine. Kesalahan itu didakwa dilakukan di satu simpang masuk ke Kampung Nelayan Air Masin Kukup Laut, Johor pada 7.30 malam, 18 Dis 2019.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian telah menjalankan serbuan di kawasan berkenaan selepas mengesan seorang lelaki berkelakuan mencurigakan berhampiran pintu masuk kampung sambil membawa beg silang di dada.

Lelaki terbabit, yang kemudian dikenal pasti sebagai tertuduh, ditahan dan diperiksa. Hasil pemeriksaan ke atas begnya menemukan satu bungkusan plastik lutsinar yang dibalut dengan plastik kuning berlabel “refined Chinese tea” mengandungi serbuk kristal putih yang dipercayai dadah.

Dalam prosiding rayuan, peguam Zulfikar, iaitu Ho Zhi Qian berhujah bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana gagal memutuskan bahawa terdapat jurang dalam rangkaian keterangan bagi bahan bukti dadah tersebut.

 
Back
Top
Log in Register