BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket 'haji ekspres' dibongkar

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Satu sindiket 'haji ekspres' dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya.

Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Setiap jemaah haji dikatakan perlu membayar sejumlah wang kepada ahli sindiket tersebut bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai calon yang layak menunaikan haji.

Selain dua pegawai agensi itu, terdapat tiga orang perantara terdiri daripada bekas kakitangan TH yang bertindak sebagai pencari jemaah yang ingin menggunakan khidmat mereka.

Menurut sumber, sindiket tersebut bergerak di seluruh Malaysia dan dipercayai, ratusan jemaah haji sudah menggunakan khidmat sindiket berkenaan sejak ia mula beroperasi.

Katanya, kegiatan 'haji ekspres' itu dilihat tidak adil bagi orang ramai yang sudah lama menunggu dan mendaftar beberapa tahun kerana giliran mereka 'dicuri' sindiket berkenaan.

"Sebagai contoh, terdapat jemaah haji yang mampu menunaikan ibadat itu sebanyak 12 kali dengan menggunakan khidmat sindiket tersebut.

"Malah, sebahagian daripada jemaah yang menggunakan khidmat sindiket itu baru mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2010, tapi berjaya 'mencuri' slot jemaah lain yang terlebih dahulu mendaftar daripada mereka," katanya kepada hari ini.

Difahamkan, seorang pegawai di agensi itu telah ditahan pihak berkuasa pada November lalu kerana menggunakan kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk mengubah senarai jemaah haji yang membayar kepada mereka.

Dalang utama sindiket itu yang menguruskan nama-nama jemaah yang tidak layak menunaikan haji supaya dapat menunaikan ibadat itu pada tahun yang sama juga dikatakan sedang diburu.

Difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil keterangan puluhan jemaah haji yang pernah menggunakan khidmat sindiket tersebut.
 
haji pun nak buat express2..
 
La,ingatkan gi haji naik bas ekspress....Gurau jek!
 
adoi diorg nie...benda camnie pun nk buat main2....baik diorg gi merompak jer.....
 
Hiya..nak naik haji cepat pun ada rasuah? Di atas jalan raya pun potong Q. Naik haji pun potong Q. Memang terer orang malaysia ni bab potong memotong.
 
wat pe laaa nak wat bende macam nie....
mane laa nak datang barakah nya....
kalu bende nie leh wat...orang dalam gak nie....
 
pakej haji VIP memang ada...dan VIP tu pun beratur gak dalam pakej tu kalau ikutkan...
kes yang ni lain...ni kes potong line...yapeda...
 
Back
Top
Log in Register