BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simpan duit...

setakat ni, ikut client aku, ada yang simpan 5juta dalam tabung haji. xde masalah. dividen dikecualikan cukai.

LHDN boleh trace.:D:D

diaorang tak kejar pasal bonus, dividen tu semua, tapi dia cari dari mana korang dapat kumpul duit banyak tu dan compare dengan berapa korang declare tiap tahun.
 
Pengecualian Cukai

Tambang Perjalanan

Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau

Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang.(Rujuk Ketetapan Umum 1/2003)

Manfaat Perubatan & Pergigian

Mulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti ayurvedic dan akupuntur. Pengecualian cukai bagi manfaat ini tiada had limit.

Ganjaran Persaraan

Bayaran ganjaran persaraan yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jika:

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah disebabkan oleh keuzuran.

Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di dalam kumpulan yang sama.

Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.

Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam
Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak
Ganjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).

Pendapatan Pampasan

Pampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja diberhentikan.

Pampasan yang dikecualikan :

Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan � dikecualikan sepenuhnya.

Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:

Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan sama.

Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.

Pampasan yang dikenakan cukai sepenuhnya:

Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal.

Pencen (persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan)

Pencen yang diterima dari Malaysia oleh seseorang itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:

Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara daripada penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,

Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diluluskan.

Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Bagi individu yang menerima lebih daripada satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan daripada cukai.

Ganjaran Kematian

Wang yang diterima sebagai ganjaran kematian adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Biasiswa

Apa-apa jumlah wang yang dibayar dengan cara biasiswa kepada seseorang individu, sama ada atau tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan individu tersebut, adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Pendapatan Individu Yang Bermastautin di Malaysia Berhubung Dengan Penampilan Dalam Persembahan Kebudayaan Yang Diluluskan Oleh Menteri

Wang yang diterima di bawah kategori ini adalah dikecualikan cukai sepenuhnya dengan syarat ianya adalah diluluskan oleh Menteri.

Faedah

Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008.

Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983.

Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.

Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Dividen

Antara bayaran dividen yang diterima yang dikecualikan daripada cukai pendapatan termasuklah:

Dividen yang diterima daripada syarikat yang mengagihkan dividen daripada pendapatan syarikat yang dikecualikan daripada cukai.

Dividen yang diterima daripada syarikat kerjasama (koperasi).

Dividen yang diterima daripada amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.

Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan
 
Penjelasan yang amat terperinci.. Trima kasih tuan luangkn masa utk sya.. Semoga Allah membalas jasa baik tuan.. InsyaAllah..
 
peergghh...bnyakk noo duitt ampa xmau kongsi kejayaan bersama2 geng cg ke???huhuhu
 
Back
Top
Log in Register