1. Kalau nak simpan emas patuh syariah, tapi tak ada rancangan nak ambil emas fizikal, labur dalam MGA-i (Maybank Gold Account Islamik) sebab spread dia yang terkecil tapi fees pengeluaran fizikal tinggi.
2. Kalau nak simpan emas tapi satu hari rasa2 nak keluarkan/simpan fizikal, simpan dengan KAB Gold. Spread lebih kurang 7-8%. Penasihat syariah dia Dr Ahmad Sufyan, seorang ahli muamalat yang terkenal.
3. Beli je emas fizikal simpan di rumah. Bini pun suka kalau barang kemas. Tapi... kena sediakan wang yang tinggi. Kalau beli emas online boleh start serendah RM10 dan invest sikit-sikit guna cara cost averaging. Wallahu'alam.
Emas adalah pelaburan. Dalam tahun 2021, dari 1 Jan hingga 31 Dec, harga emas jatuh 6%. So harga emas pernah dan akan jatuh tetapi dalam jangkaan, akan naik secara average. Jangkaan jika perang Ukraine-Russi berlarutan, harga emas akan naik sebab pelabur akan berpindah kepada precious metal sebab prestasi syarikat kian lama kian tidak menentu.
Kenapa pula harga emas jatuh secara purata tahun 2021?
Sebab pandemic recovery dan sebelum perang Ukraine-Russia. Ramai orang jual emas dan masuk pasaran saham. pasaran saham, unit amanah is still good. Tapi perlu faham selera risiko masing-masing. Sebenarnya buat duit dengan saham lagi cepat dari emas. Anyway, belajarlah ilmu pelaburan dan muamalat sebeluk terlibat. Jangan percaya sangat kepada agen2 emas ini.
-Nasihat Ustaz Lariba-