BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa dah start simpan emas?

Kalo beli emas akaun nak bayar zakat tue sama ker dengan beli rantai emas bini-biniku gengster?
 
Emas dalam akaun pun dikira emas simpanan.
(Akaun simpanan yg patuh syariah, err cth mcm akaun emas GAP Public Gold-done promote, hehe) Kena zakat 2.5% kalau cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar) dan di simpan dalam tempoh cukup setahun (haul), sama dengan emas fizikal...

Kalau rantai bini sapa ntah yang gangster atau
barang kemas, kena zakat kalau lebih uruf setempat. Contoh di KL, urufnya 800 gram. Uruf tu maksudnya adat kebiasaan...
 
Saya Ada platform....boleh Simpan Emas Patuh syariah.
Emas boleh Di beli Serendah RM10 SAHAJA.
Siapa berminat ...boleh pm saya.
 
1. Kalau nak simpan emas patuh syariah, tapi tak ada rancangan nak ambil emas fizikal, labur dalam MGA-i (Maybank Gold Account Islamik) sebab spread dia yang terkecil tapi fees pengeluaran fizikal tinggi.

2. Kalau nak simpan emas tapi satu hari rasa2 nak keluarkan/simpan fizikal, simpan dengan KAB Gold. Spread lebih kurang 7-8%. Penasihat syariah dia Dr Ahmad Sufyan, seorang ahli muamalat yang terkenal.

3. Beli je emas fizikal simpan di rumah. Bini pun suka kalau barang kemas. Tapi... kena sediakan wang yang tinggi. Kalau beli emas online boleh start serendah RM10 dan invest sikit-sikit guna cara cost averaging. Wallahu'alam.

Emas adalah pelaburan. Dalam tahun 2021, dari 1 Jan hingga 31 Dec, harga emas jatuh 6%. So harga emas pernah dan akan jatuh tetapi dalam jangkaan, akan naik secara average. Jangkaan jika perang Ukraine-Russi berlarutan, harga emas akan naik sebab pelabur akan berpindah kepada precious metal sebab prestasi syarikat kian lama kian tidak menentu.

Kenapa pula harga emas jatuh secara purata tahun 2021?

Sebab pandemic recovery dan sebelum perang Ukraine-Russia. Ramai orang jual emas dan masuk pasaran saham. pasaran saham, unit amanah is still good. Tapi perlu faham selera risiko masing-masing. Sebenarnya buat duit dengan saham lagi cepat dari emas. Anyway, belajarlah ilmu pelaburan dan muamalat sebeluk terlibat. Jangan percaya sangat kepada agen2 emas ini.

-Nasihat Ustaz Lariba-
 
baru-baru nampak ada macam promo simpan emas.
tapi musykil camana nak buat duit dengan emas ni?
 
Pada sobat2 yg simpan emas,

Emas fizikal macam mana korang simpan? maksudnya emas apa korang beli….

Plan nak beli tiap +-10k… minta panduan sobat2
 
Back
Top
Log in Register