BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shopee Review

Tahun depanlah sampai barang aku. Berbelas item kali ni aku shopping. Kebanyakan brg2 hardware/handyman. Tadi singgah kedai hardware..compare..banyak item lebih murah kalau beli kat kedai je, cuma kena survey banyak kedailah, tak semua ada.
 
hampeh sale kali ni... beli tepat tgh promo 12.12 ...
elok je beli x sampai 3jam pastu terus diskaun lagi.. rugi rm38 .. #:-S

bab free shipping ni seller byk makan kat shipping caj je.. bila beli bulk atau byk dgn free shipping..
mula lah seller ignore je order tu minta kita kensel.. untung bila org beli 1pcs kot..
 
vsglk1.jpg


2dch53b.jpg


34qoeg1.jpg


2dw6hbc.jpg


2m2z3pz.jpg


2rcq2y0.jpg


4tu3df.jpg


e5sf2t.jpg


2z9007t.jpg
 
05feng_1551752173.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng. - Foto youngster.id

05shopee_1551752078.jpg


Shopee raikan Sambutan Hari Wanita dengan tawaran istimewa produk Empowered Box

Shopee hargai pelanggan pada Sambutan Hari Wanita Sedunia


Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut Jumaat ini, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dengan kerjasama pengeluar produk dandanan antarabangsa L'Oréal, mengambil inisiatif menghargai wanita menerusi tawaran istimewa.

Penghargaan diterjemahkan menerusi program Super Brand Day dengan tawaran harga istimewa bermula RM4 setiap satu bagi produk kecantikan dan dandanan diri daripada L'Oréal Paris, Maybelline New York, NYX Professional Makeup dan Garnier.

Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng, berkata sempena perayaan itu juga pengguna di tujuh negara berpeluang mendapat tawaran eksklusif daripada empat jenama yang menjadi pilihan utama pengguna wanita seluruh dunia.

Beliau berkata, tahun lalu pihaknya turut melancarkan program serupa sebagai saluran mengiktiraf kepada semua pelanggan.

“Bertema Women's Day, Live Your Beauty (Hari Wanita, Hayati Kecantikan Anda), L'Oréal x Shopee Super Brand Day berlangsung selama tujuh hari bermula semalam.

“Kerjasama dengan L'Oréal adalah inisiatif kami memeriahkan sambutan hari yang sungguh bermakna itu,” katanya menerusi kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, semalam.

Pada sambutan itu juga, Maybelline New York melancarkan Empowered Box edisi terhad eksklusif di Shopee. Edisi terhad dilengkapi gincu paling laris dengan warna terkini, dua gincu Maybelline Super Stay Matte Ink, penanggal mekap pada muka, bibir dan mata.


https://www.bharian.com.my/wanita/r...i-pelanggan-pada-sambutan-hari-wanita-sedunia
 
sapa first time nak beli guna app
nah ambik ni
dpt diskaun rm10
3de2831303225244.jpg
 
image.jpg


Jualan 9.9 Shopee
Shopee memecahkan rekod untuk 9.9 Super Shopping Day


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, menyimpulkan 9.9 Super Shopping Day yang paling berjaya setakat ini.

Berkat sokongan kukuh daripada pengguna, penjual, jenama, dan rakan niaga, Shopee berjaya mencatatkan prestasi paling hebat pada 9 September, diserlahkan oleh:

● 3 kali ganda jumlah pesanan berbanding 2018,
● 187,606 barangan dijual dalam seminit pada waktu puncaknya,
● Lebih daripada 113 juta tawaran ditawarkan.

Ciri-ciri popular dalam aplikasi Shopee terus menarik perhatian pengguna sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day. Pengguna telah mengikuti Shopee Live setiap hari untuk menikmati pilihan siaran penstriman langsung lebih luas, dengan 50 juta tontonan secara keseluruhan. Di samping itu, koleksi permainan dalam aplikasi Shopee, termasuk permainan kegemaran ramai Goyang Shopee dan Shopee Quiz telah dimainkan berjuta-juta kali.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata: “Sebagai pencipta 9.9 Super Shopping Day, kami bangga melihat acara membeli-belah utama kami menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah dalam talian di rantau ini. Disebabkan oleh pertumbuhan dan kejayaannya yang berterusan, para peniaga runcit luar dan dalam talian serta laman web membeli-belah dalam talian lain telah mengalami demam 9.9."

"9.9 Super Shopping Day tahun ini menyaksikan kami melangkaui semua jangkaan apabila kami menyimpulkan hari yang tidak dapat dilupakan pada 9 September, mencapai kejayaan baru kerana lebih ramai jenama, penjual dan rakan kongsi menyertai Shopee untuk acara membeli-belah utamanya. Kami berterima kasih atas sokongan luar biasa mereka dalam memberi yang terbaik kepada pengguna kami."

Shopee menarik perhatian sedunia dengan Cristiano Ronaldo
Kerjasama antara Shopee dengan duta jenama Cristiano Ronaldo telah menyaksikan permulaan yang berjaya. Iklan televisyen pertama Cristiano Ronaldo dengan Shopee mendapat sambutan hebat dengan 35 juta tontonan dalam talian setakat ini, manakala persembahan Shopee Dance oleh ikon bola sepak ini telah disaksikan di seluruh dunia.

Di samping itu, Shopee mendekatkan pengguna dan peminat dengan Christiano Ronaldo menerusi ciri penstriman langsungnya, Shopee Live. Pada 28 Ogos, Shopee Live membawakan semua pengguna ke Itali untuk siaran langsung eksklusif bersama Cristiano Ronaldo. Ikon bola sepak pujaan ramai ini menjawab pelbagai soalan daripada penonton di rantau ini dan mempersembahkan Shopee Dance. Semasa detik kiraan menjelang 9.9 Super Shopping Day pada 8 September, pengguna Shopee juga berpeluang menyaksikan siaran eksklusif temu duga dengan Cristiano Ronaldo di Shopee Live.

Shopee mencatatkan 9.9 Super Shopping Day terbaik di Malaysia
Di Malaysia, para pengguna menikmati koleksi promosi terbesar yang tiada tandingan dan hiburan tanpa henti pada 9 September, termasuk penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.

Jenama-jenama berprestasi tinggi menyaksikan purata peningkatan 6,780x dalam trafik dan 400x peningkatan dalam jualan berbanding dengan hari biasa. Pengguna-pengguna juga merebut tawaran terbaik bagi jenama dan produk kegemaran mereka dengan trend berikut diperhatikan:

● Jenama Paling Popular: Mr DIY, Mydin, Nestle, Vivo, Vinda, Maybelline, Carlo Rino,
● Kategori Utama: Kelengkapan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Telefon & Aksesori,
● Barangan Paling Laris: Fon telinga tanpa wayar, kasut, telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, kelengkapan tempat tidur dan tuala, penapis minyak kenderaan bermotor, MILO,
● Kata Kunci Paling Hangat: Blaus, burger, Playstation 4, Milo, iPhone.

Ho merumuskan: “Kami sukacita untuk memulakan musim beli-belah akhir tahun dengan kejayaan 9.9 Super Shopping Day. Ini hanya permulaan bagi keseluruhan siri jualan e-dagang untuk tempoh akhir tahun. Kami telah bersiap-sedia untuk memberikan lebih banyak nilai kepada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi kami pada bulan-bulan akan datang sementara kami memperkenalkan ciri-ciri yang lebih unggul dan tawaran yang tidak patut dilepaskan. "

Beli-belah 9.9 Thank You Sale di http://shopee.com.my/99

Muat turun aplikasi Shopee menerusi App Store atau Google Play


 
Back
Top
Log in Register