• Forum search currently under maintenance...

Shopee Review

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,242
Reaction score
8,817
Points
2,226



KUALA LUMPUR 14 Dis. - Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, mengakhiri tahun pecah rekod dengan kejayaan Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee) yang luar biasa.

Pada 12 Disember, Shopee menerima lebih 12 juta pesanan di seluruh rantau ini, mengatasi semua rekod sebelum ini termasuk Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee) baru-baru ini.

Disokong oleh lebih daripada 450,000 jenama dan rakan dagang, Shopee menerima 48 juta kunjungan yang menyaksikan pengguna memanfaatkan 60juta tawaran dalam semua kategori.

Permainan dalam aplikasi Shopee juga sangat popular seperti permainan Shopee Shake yang dimainkan 46 juta kali sepanjang kempen.

Di Malaysia, tiga kategori utama yang paling popular ialah Kesihatan dan Kecantikan; Kediaman dan Kehidupan; dan Bayi dan Mainan.

Jenama utama termasuk Watsons, Nestle, Pet Pet, Realme dan Petronas muncul sebagai pilihan utama dalam kalangan pengguna.

Di samping itu, semua tiket bagi konsert Duta Jenama Serantau Shopee, iaitu Jelajah Dunia 2019 BLACKPINK yang ditawarkan habis disambar pembeli dalam tempoh tidak sampai sejam, dengan 100 tiket dibeli dalam masa 30 saat yang pertama.

Rakyat Malaysia, baik yang muda mahupun yang tua, memang suka Milo. Justeru, adalah tidak menghairankan apabila Nestle Milo Energy Cubemenjadi pilihan utama, dengan ulasan hebat tentang khasiat uniknya dalam saiz kudapan yang menyelerakan.

Tambahan lagi, orang ramai semakin prihatin terhadap kesihatan sambil mereka terus mengamalkan gaya hidup yang seimbang. Penggoreng Udara Russell Taylors ialah produk yang memang dicari-cari untuk ditambah kepada peralatan dapur penting sebagai alternatif sihat untuk menggoreng makanan manakala satu lagi produkyang menarik perhatian ramai ialah Xiaomi Mi Band 3 yang membolehkan si pemakai menjejak tahap kecergasan diri dengan merakamkan aktiviti harian seperti berjalan kaki, tidur, kadar jantung dan kalori yang dibakar.

Di samping itu, telefon iPhone Apple terbukti menjadi daya tarikan utama dalam Shopee 12.12. Birthday Sale.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee 12.12 Birthday Sale menandakan satu lagi mercu jaya penting sambil kami meraikan kecemerlangan kami mencapai pertumbuhan ketara pada tahun ini, hasil kejayaan Shopee 11.11 Big Sale pada bulan November danShopee 9.9 Super Shopping Day (Hari Beli-Belah Hebat 9.9 Shopee) pada bulan September.

“Kami berbesar hati untuk menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada pengguna Shopee, dan mencatatkan kira-kira 16 juta muat turun di Malaysia, iaitu satu pencapaian besar dalam usaha kami merintis industri e-dagang. Ternyata suku tahun ini sungguh menarik dan memuaskan apabila kami memecahkan rekod dan menetapkan penanda aras baharu untuk dicapai pada tahun depan. Kami tidak sabar-sabar untuk mengajak semua pihak untuk mengejar kejayaan lebih besar bersama kami pada 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak dilancarkan pada 2015, Shopee telah mencatatkan pertumbuhan kukuh meliputi tujuh pasaran, dengan lebih 195 juta muat turun di seluruh Asia Tenggara dan Taiwan .

Mercu jaya utama Shopee Malaysia pada 2018 adalah meluaskan pakatan dengan jenama utama: Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk termasuk jenama antarabangsa dan tempatan utama sepertiNYX, MR DIY, honor, Tefal, Tesco, LEGO, Fossil dan banyak lagi.

Pada tahun ini, Shopee telah melancarkan beberapa telefon mudah alih eksklusif yang mendapat sambutan menggalakkan, termasuk honor 9 Lite yang mencatatkan jualan 500 unit dalam masa lima minitdan Realme 2 Pro yang merupakan jenama telefon pintar paling pantas berkembang di platform ini.

Shopee ialah penaja nama bagi Piala FA Malaysia 2018 di mana lebih daripada 20,000 e-tiket telah dibeli diShopee. Shopee juga berganding bahu dengan penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) untuk menyediakan pelbagai peluang kepada alumni seperti melancarkan gedung rasmi mereka di platform ini dan memilih kempen fesyen di dalam dan luar talian.

Kerjasama lebih kukuh dengan penyedia logistik utama: Sejajar dengan dedikasi Shopee menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee telah meluaskan rangkaian logistik menerusi kerjasamanya dengan penyedia logistik yang terkemuka,DHL eCommerce dan bahagian logistik AirAsia,RedBox, untuk menjamin penghantaran yang cekap dan lancar kepada semua pengguna.

Menggunakan kaedah inovatif untuk meningkatkan penglibatan pengguna: Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee)telah dilancarkan pada Mei untuk memudahkan pengguna Shopee mendapatkan produk daripada bintang terkenal yang disanjungiseperti Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Nora Danish, Ummi Nazeera, Tomok, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah.

Setakat ini, Shopee mempunyai lebih daripada 20 selebriti tempatan dalam skuad dan bercadang untuk mendapatkan khidmat lebih ramai selebriti pada tahun-tahun akan datang.

Untuk mengakhiri sambutan ulang tahun Shopee, pengguna boleh menyertai pusingan jualan terakhir Shopee 12.12 Thank You Sale (Jualan Terima Kasih 12.12. Shopee) yang diadakan dari 13 hingga14 Disember. Anda boleh menyertaiShopee 12.12 Thank You Sale dihttps://shopee.com.my/1212.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/jualan-shopee-12-12-pecah-rekod-1.804777#ixzz5Ze76cQWi
 
Sponsored Post

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
Wahh....shopee dah potong lazada ka
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,242
Reaction score
8,817
Points
2,226
masyuk Shopee wat jualan 12.12 ni
ramai yg borong
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,766
Reaction score
956
Points
71
aku nak cakap. tapi x jadi lah..
nanti ramai cyber troop panas pulak
 

bebird

Super Active Member
Joined
Dec 18, 2008
Messages
5,350
Reaction score
136
Points
73
aku nak cakap. tapi x jadi lah..
nanti ramai cyber troop panas pulak
cakap je la... apadia...



nak tanye.. skrang ni shopee dah tak beri baucer free shipping ka..??
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,754
Reaction score
1,019
Points
196
wow hebak mung shopee.... den blm ponah bli brg dgn shopee... biaso bli kek lazatdaa & 11striit
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,013
Reaction score
1,447
Points
191
aku salah seorang yg menyumbang..

free shipping barang harga rm15 keatas ?

spe x nak..

peluang untuk rembat pe yg patut.. :))

btw.. news nih nmpk sangat iklan berbayar..
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,029
Reaction score
2,417
Points
191
nak return barang shopee xsemudah lazada..

lazada return free je..

shopee kena bayar..

kureng belah tu..

tapi shopee lagi murah dari lazada..
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,267
Reaction score
485
Points
86
cakap je la... apadia...



nak tanye.. skrang ni shopee dah tak beri baucer free shipping ka..??
skang tak auto mcm dlu2..

kene tekan sendiri option free shipping tu :D ..

dan rm40 keatas bru ado..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register