BTC USD 28,289.9 Gold USD 1,940.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

shariff dol dalam kenangan

camie2209

Fun Poster
Messages
691
Joined
Nov 13, 2013
Messages
691
Reaction score
35
Points
20
sharif+dol.jpg


'Shariff Dol, Samseng Kampung Dusun'...tagline yang disebut orang hingga ke hari ini, begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem 'Seniman Bujang Lapok' arahan P.Ramlee pada tahun 1961. Shariff Dol atau nama sebenarnya Shariff Dol Asnawi adalah generasi 'zaman emas' Shaw Brothers di Studio Jalan Ampas, iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P.Ramlee, S Roomai Noor, Jins Shamsuddin, Jamil Sulong, Aziz Sattar, S Shamsuddin, Haji Mahadi, AR Tompel, M Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S Kadarisman, Omar Rojik, Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, HM Busra dan Omar Suwita.

Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem, antara filem yang telah nama ialah Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain, Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok dan Si Tanggang. Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa protagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.

gerak+kilat.jpg



filem+lela+manja.jpg


Shariff Dol meninggal dunia diusia 53 tahun pada hari jumaat, 27 april 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau menghembuskan terakhir di Hospital Besar Singapura,beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu deman dan cirit- birit. Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura. Alfatihah...

sharif+dol+paper.jpg

Berita kematian Shariff Dol (Berita Harian, 29 April 1979)

sori kalo dah ada
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register