BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SG peruntuk kapasiti pusat data baharu 200MW kepada 4 pengendali

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

SG peruntuk kapasiti pusat data baharu 200MW kepada 4 pengendali​

st_telemedia_global_data_centres.jpg

Singapura memperuntukkan secara sementara kapasiti pusat data baharu sebanyak 200 megawatt (MW) kepada empat pengendali. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic/Ilustrasi)

SINGAPURA: Singapura memperuntukkan secara sementara kapasiti pusat data baharu sebanyak 200 megawatt (MW) kepada empat pengendali, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kedudukan negara sebagai hab yang diyakini bagi pelaburan kecerdasan buatan (AI) dan pusat data.

Dalam satu kenyataan bersama, Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan Digital Realty, Equinix, Keppel Data Centres dan ST Telemedia Global Data Centres masing-masing akan diperuntukkan kapasiti pusat data sebanyak 50MW.

IKLAN

Keempat-empat pengendali itu dipilih menerusi Panggilan Permohonan Pusat Data kedua (DC-CFA2), yang dilancarkan pada 1 Disember 2025.

Langkah itu mencerminkan komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan sektor pusat data supaya ia dapat berkembang secara mampan, selain menyumbang kepada keutamaan strategik dan ekonomi negara.

"Empat pusat data yang mendapat sokongan itu komited untuk melebihi keperluan minimum kemampanan yang ditetapkan bagi DC-CFA2 dan akan membekalkan lebih 50 peratus kapasiti pusat data mereka menggunakan sumber tenaga hijau," menurut kenyataan bersama itu.

Pusat data berkenaan juga akan mencapai tahap kecekapan tenaga terbaik dalam kelasnya dengan mengguna pakai teknologi canggih seperti penyejukan cecair, selain menggunakan 100 peratus peralatan teknologi maklumat (IT) cekap tenaga.

Menurut kenyataan itu, pusat data yang mendapat sokongan di bawah DC-CFA2 akan menempatkan kemudahan masing-masing di Pulau Jurong.

IKLAN

JTC, agensi pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pembangunan perindustrian Singapura, sedang membangunkan sebuah taman pusat data rendah karbon di Pulau Jurong bagi membolehkan sektor tersebut beroperasi dengan lebih mampan.

 
Back
Top
Log in Register