BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Negeri Peruntuk RM300,000 Kepada Golongan p-Panggilan Di Melaka

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Negeri Peruntuk RM300,000 Kepada Golongan p-Panggilan Di Melaka​

632cd347524c3d809d5b9b8e6e77c97b6a9aee2441ed0

fb Abdul Razak Abdul Rahman

Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM300,000 untuk disalurkan kepada golongan penghantar makanan (p-panggilan) sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam menggerakkan ekonomi serta memudahkan urusan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata menerusi peruntukan itu, setiap seorang menerima RM100 melibatkan 3,000 penghantar makanan yang hadir pada Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 malam ini.

"Saya tahu, apa yang kita usahakan ini mungkin belum mampu menjawab segala cabaran yang saudara-saudari hadapi setiap hari tetapi percayalah, di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat, setiap suara, kebajikan dan masa depan warga p-panggilan sentiasa berada dalam perhatian kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini malam ini.

Turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri yang juga Penyelaras Program sempena Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Ab Rauf berkata pemberian yang diusahakan kerajaan negeri untuk warga p-panggilan pada malam ini hanyalah sebahagian daripada komitmen yang lebih besar kepada seluruh anak muda Melaka.

Beliau berkata kerajaan negeri juga telah menyediakan sebanyak lapan pusat istirahat atau rider pitstop di lokasi strategik supaya warga p-panggilan mempunyai tempat yang selesa dan selamat untuk berhenti berehat.

Katanya, bermula 1 Okt ini, komuniti p-panggilan di Melaka berpeluang menikmati subsidi dan diskaun penyelenggaraan motosikal bagi mengurangkan beban kewangan golongan itu.

"Kita juga akan usahakan mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah bengkel khas di setiap Dewan Undangan Negeri yang menawarkan diskaun supaya kemudahan ini lebih dekat dan mudah diakses.

 
Back
Top
Log in Register